Umumnya rakyat Sarawak sudah mengenali makanan unik ini yang disalai diatas api perlahan dan disusun secara merapat diatas para sehingga matang. Sesar unjur yang terhasil daripada payak merah (udang merah) banyak terdapat di kawasan Mukah terutamanya Kampung Kuala Matu, Kampung Tian, Kampung Rajang, Kampung Belawai dan Pulau Bruit.

Harga bagi sekilo sesar unjur di pasaran boleh mencecah sehingga sekitar RM180 megikut kualiti dan gred yang dihasilkan. Cara menghasilkan sesar unjur sangat rumit dan ini menyebabkan harganya boleh mencecah sehingga RM180 sekilo. Proses yang memakan masa menyebabkan ianya menjadi makanan yang unik di Sarawak. Para wanita akan bergotong royong mengupas kulit udang merah untuk disusun diatas para sebelum disalai.

Cara memakan dan menggunakan sesar unjur adalah dengan mencampurkannya ke dalam sayur dan masakan malahan boleh dijadikan snek kayangan kerana harganya yang sangat mahal sambil dimakan bersama sago iaitu makanan tradisional mukah itu sendiri.

Sesar unjur tidak terdapat sepanjang tahun kerana musim menuai hasil udang merah hanya berlangsung sekitar Mac sehingga Julai. Sekiranya ingiin merasai keunikan rasa sesar unjur, anda bolehlah datang ke Pulau Bruit dan merasai sendiri keunikan proses penghasilan sekaligus merasai kelazatan makanan kayangan ini.
Dao Nyam




