Kampung Chupak Menawarkan Pemandangan yang Indah di Serian

Memulakan perjalanan tengahari dari Bandaraya Kuching, kami menuju ke satu destinasi di sebuah perkampungan Bidayuh di Bandar Serian, yang mengambil masa selama 30 minit perjalanan. Memandangkan waktu sekarang adalah sambutan perayaan Gawai maka perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai ke destinasi kerana keadanaan jalan raya yang penuh dengan kenderaan balik kampung.

Kampung Chupak merupakan sebuah destinasi pelancongan satu waktu dahulu, namun kekurangan promosi menyebabkan Kampung ini kurang dikenali orang ramai yang berkunjung ke Serian ataupun Kuching.

Sepanjang perjalanan ke Kampung Chupak kami disajikan dengan tumbuhan dan pokok-pokok yang menghijau di kiri kanan perjalanan. Pemandangan yang cukup indah dan menyegarkan mata.

Sebaik sahaja sampai di Kampung Chupak, mata kami terus tertumpu dengan pemandangan sawah yang sungguh menghijau. Udara yang cukup segar dan padi yang malar menghijau memukau pemandangan. Sungguh pemandangan ini tidak akan dapat dinikmati dan dirasai sekiranya kembali ke Bandararaya Kuching. Sempat saya dan rakan berkongsi cerita tentang musim menuai padi di sini. Namun umumnya diketahui Perayaan Gawai yang disambut oleh warga Kampung Chupak adalah untuk kemenangan Musim menuai padi.

Di Kampung Chupak juga terdapat sebuah gua yang dikenali sebagai Gua Raya. Tetapi kami tidak sempat ke sana kerana hari sudah mulai petang. Sekiranya anda ingin lari dari kesibukan kota dan Bandaraya Kuching datanglah ke Kampung Chupak.

  • NorlinaAlan

    Kamek Lina!

    Related Posts

    A Place Like No Others- Kuching

    Kuching merupakan ibu negeri Sarawak yang terkenal dengan suasana yang tenang, masyarakat yang mesra dan keindahan budaya yang unik. Bandar ini sering digelar sebagai “Bandar Perpaduan” kerana kepelbagaian kaum dan…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Kenali Simptom Bipolar Sebelum Terlambat.

    Kenali Simptom Bipolar Sebelum Terlambat.

    Mengenal Bipolar Disorder, Penyakit Dua Kutub.

    Mengenal Bipolar Disorder, Penyakit Dua Kutub.

    Menang Melawan Anxiety atau Tenggelam Dalam Pemikiran

    Menang Melawan Anxiety atau Tenggelam Dalam Pemikiran

    Pembangunan Sarawak dan Jambatan Sungai Terpanjang

    Pembangunan Sarawak dan Jambatan Sungai Terpanjang

    A Place Like No Others- Kuching

    A Place Like No Others- Kuching

    Kampung Chupak Menawarkan Pemandangan yang Indah di Serian

    Kampung Chupak Menawarkan Pemandangan yang Indah di Serian